Cara Kira BMI Secara Manual
Jika mahu membuat kiraan BMI secara manual, formula berikut boleh digunakan untuk mengira BMI:
BMI: Berat badan (kg) / tinggi ² (dalam m)
Contohnya, jika berat badan anda adalah kg dan ketinggian anda adalah 58kg dan 163cm, maka cara kiraannya adalah 58 kg / 1.63 ². Bacaan BMI yang didapati adalah 21.8.
Kategori BMI Menurut WHO
Berikut adalah kategori BMI yang ditetapkan oleh WHO:
Penjelasan Kategori BMI dan Cara Mengatasi
Sama ada kurang berat (underweight), berat normal (normal weight), pra obes (pre-obesity), obes kelas l (obese class l), obes kelas ll (obese class ll) atau obes kelas lll (obese class lll).
Kurang berat (underweight)
Julat BMI bagi kategori kurang berat adalah 18.5 ke bawah.
Ianya tidak boleh dipandang remeh.
Masalah kurang berat berpotensi menyebabkan komplikasi serius pada badan.
Jika nilai BMI kurang dari 15
tuan punya badan boleh dimasukkan ke hospital. Antara masalah kesihatan yang berkemungkinan dihadapi oleh mereka yang mempunyai masalah kurang berat adalah:
- Osteoporosis
- Masalah pada kulit, rambut, atau gigi
- Sentiasa jatuh sakit
- Rasa penat yang berpanjangan
- Anemia
- Haid tidak teratur dan kelahiran pramatang (untuk perempuan)
- Pertumbuhan terbantut (untuk kanak-kanak dan remaja).
Punca Kurang Berat Badan
Terdapat pelbagai sebab yang menyumbang kepada masalah kurang berat badan.
Antaranya ialah masalah keturunan, metabolisma yang tinggi, aktiviti fizikal yang kerap, penyakit kronik dan juga gangguan mental.
Berat normal (normal weight)
Julat BMI bagi kategori normal adalah antara 18.5 hingga 24.9.
Ini merupakan berat badan yang sihat dan ideal.
Sesiapa yang mempunyai nilai BMI dalam lingkungan julat tersebut hanya perlu memastikan untuk mengekalkan amalan gaya hidup sihat supaya berat badan mereka kekal di kategori sama.
Pra obes (pre-obesity)/berat badan berlebihan (overweight)
Julat BMI bagi kategori pra obes adalah antara 25.0 hingga 29.9.
Jika anda berada dalam kategori ini, anda mempunyai berat badan berlebihan.
Namun begitu, ianya tidak sebahaya kategori obese. Tetapi itu tidak bermaksud anda boleh mengambil mudah tentang keadaan badan anda.
Anda dinasihatkan untuk menukar diet anda dan memilih makanan yang lebih bernutrisi dan sihat dan kerap bersenam. Menjaga pemakanan dan kekal aktif adalah cara terpantas untuk anda mengurangkan berat badan dan mempercepatkan sistem metabolisme anda yang mula perlahan.
Obes kelas l, ll, dan lll (obesity class l, ll, and lll)
Julat BMI bagi kategori obes adalah 30 ke atas.
Masalah Obes kelas I, II, dan III
Apabila Nilai BMI berat anda telah mencecah paras 30, maka anda telah termasuk dalam kategori berbahaya dan kebiasaannya campur tangan dari pakar amat diperlukan dalam usaha menurunkan berat badan anda. Ini kerana anda terdedah dengan pelbagai risiko dan masalah kesihatan serius yang boleh memburukkan lagi situasi anda.
Antara masalah kesihatan yang mungkin dihadapi adalah seperti berikut:
- Diabetes
- Penyakit jantung
- Strok
- Masalah pencernaan
- Osteoarthritis
- Apnea
Punca Obesiti
Antara punca utama obesiti adalah cara pemakanan tidak sihat, pengambilan minuman tinggi gula dan gaya hidup tidak aktif.
Terdapat juga kes terpencil seperti mengandung (untuk perempuan), pengambilan ubatan yang mempunyai kesan sampingan berat badan bertambah, stress, gangguan tidur, gangguan pemakanan akibat berhenti merokok dan juga gangguan pada sistem pencernaan.
Cara Rawatan Obesiti Secara Umum
Setiap masalah kesihatan mempunyai cara rawatan yang spesifik dan perlu dirujuk kepada pakar.
Seseorang yang bermasalah obes perlu mengurangkan berat badan mereka untuk mengurangkan risiko penyakit dan mengoptimumkan potensi diri.
No comments:
Post a Comment